Cerita peserta bengkel HOTs 



Puan Tiny Azleen Yahya

Subhanallah. Alhamdulillah. Saya sangat teruja dengan bengkel ini. 

Sangat bersyukur kerana Allah memberi kelapangan kepada saya untuk tekad mengikuti kursus ini meskipun ada kursus lain yang terpaksa dikorbankan. 

Saya kira ia pengorbanan dan pelaburan yang sangat berbaloi. Sangat berbaloi! Sungguh!. 

Jazakillahu khair kepada Puan Guru Khairulaniza Khairuddin yang bersungguh mempromosi serta mengaplikasikan teknik ini kepada saya dan anak-anak saya. 

Teknik HOTs ini sangat hebat!. 

Terbukti berkesan! 

Anak-anak saya sangat teruja sehingga ada yang merajuk kerana terlepas sessi ber'talaqi' dengan cikgu Kay untuk bersama membaca buku cerita bergambar.

Saya juga teruja untuk mengetahui kreativiti anak saya dalam menyampaikan pemahamannya mengenai gambar yang dilihat.

Bengkel ini pula dikendalikan oleh Puan Fazeila Isa dengan sangat menarik dan jelas. 

Beliau memang pakar dalam bidang ini, itu pandangan saya! 

Saya ikuti dengan penuh minat dan sentiasa ingin tahu apa lagi yang beliau ingin kongsikan.

Penyampaiannya padat dengan informasi berguna serta penuh mimik muka yang amat bersesuaian dengan info yang disampaikan.

Saya teringat bunyi 'nyit nyit' menggambarkan orang tua sedang berfikir - siapa yang mahu tahu, perlu ikuti bengkel ini. 

Kepada para ibu bapa serta guru, rebutlah peluang untuk mempelajari ilmu ini. Iqra' - Bacalah!. kita (ibu bapa) yang perlu belajar membaca untuk mengajar anak kita membaca. 

Baca dengan penuh ceria dengan HOTs. Dengan gaya dan cara yang diajarkan oleh Puan Fazeila. 

Kepada Puan Fazeila dan Tuan Zamri Mohamad, Allah rahmati dan berkati rezeki kalian suami isteri dalam usaha menyebarkan ilmu yang Allah amanahkan kepada kalian. 

Allah gandakan pahala ibadah memperjuangkan usaha memandaikan bangsa melalui Iqra' dan Pena. 

Boleh tak buat bengkel satu hari? 

Sangat tidak puas rasanya bengkel setengah hari, mahu sedut ilmu lagi dan lagi).

Baca laporan kedua beliau

Ustazah Siti Khadijah

Pagi tadi, saya menerima 'relief' untuk kelas Moral dari pukul 10.30 sehingga 11.00 pagi. 

Guru yang sepatutnya menjalankan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) pada waktu tersebut menghadiri kursus. 

Saya tidak pernah mengajar mata pelajaran Moral. 

Namun, PdP tadi menjadi mudah apabila saya aplikasi Teknik Nabi dan Teknik Membaca Cerita Bergambar (HOTS).

Oleh kerana pelajar Moral ini semuanya dari kelas atas (pandai), saya memfokuskan sesi membaca cerita tadi kepada mencipta satu cerita baru yang di dalamnya mengandungi nilai-nilai moral.

PdP menjadi ceria dan menyeronokkan apabila soalan-soalan yang saya ajukan mendapat respon yang pelbagai. 

Antara soalan yang diajukan, saya menyatakan, "Cuba lihat siput ini, matanya tinggi melihat ke arah mana dan siapa?"

Seorang pelajar yang bernama Bavani menjawab, "Dia pandang ustazah, sebab baju ustazah cantik." Hahaha. 

Setiap kali pelajar-pelajar ini menjawab soalan yang diajukan, saya akan memuji menggunakan Teknik Nabi. 

Ini membuatkan mereka lebih bersemangat menjawab dan bekerjasama dalam kumpulan masing-masing. 

Pelbagai idea dan buah fikiran timbul apabila ahli kumpulan masing-masing berjaya mengolah setiap perkataan yang telah dikeluarkan daripada gambar yang ada menjadi plot atau jalan cerita. 

Masa 'relief' yang sepatutnya 30 minit bertukar menjadi 1 jam. 

Guru yang menggantikan sesi 30 minit berikutnya turut melibatkan diri dalam melihat pelajar-pelajar Moral ini menghasilkan sebuah cerita baru. 

Di akhir waktu PdP,  dua kumpulan pelajar ini bukan sahaja mampu mencipta satu cerita baru yang amat bagus berdasarkan imaginasi kumpulan mereka. 

Mereka boleh menyebutkan apakah nilai-nilai moral dan pengajaran yang ada di dalam cerita tersebut. 

Alhamdulillah, tercapai PdP untuk kelas Moral. 

Lebih mengujakan, ketika saya berkata, "Baik, waktu Moral sudah habis. Lain kali sekiranya ada masa lain, ustazah akan buat aktiviti begini lagi."

"Ustazah, esok ada Moral."

Esok kita sambung ya." Balas mereka, mengharap agar waktu Moral keesokan hari masih saya yang menjadi guru ganti. 

Saya menyambung kata, "Sekiranya ustazah yang ganti, tentu sahaja boleh. Namun sekiranya guru lain, lain kali sahaja ya."

Mereka menjawab, "Alaaa..." dengan rasa sedikit nada kecewa. 

* Tersenyum juga teringat kata-kata pelajar yang bernama Juliana tadi, ketika saya meminta agar dihulurkan kotak pensil, "Ustazah, nak kotak pensil ini kena cakap dalam Bahasa Arab."

Kata-katanya membuatkan saya dapat merasakan bahawa mereka turut seronok apabila berada di dalam kelas Bahasa Arab saya. 

Alhamdulillah, ini adalah berkat usaha terus mengaplikasi Teknik Nabi.

***



Norasyikin Yusof 

Bismillah.

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah kerana berkesempatan menadah ilmu HOTs ( High Order Thinking skills) daripada Puan Fazeila Isa menggunakan buku bergambar dan berpeluang untuk mengaplikasikannya pada minggu ini.

Sejujurnya semasa belajar psikologi pendidikan dahulu sudah diajar tentang Taksonomi Bloom dan pentingnya guru mengaplikasikan KBKK (kemahiran berfikir kritis dan kreatif).

Tetapi dek kerana tak berapa jelas dan kurang rajin maka selalu saja saya abaikan dalam sesi P&P. 

Apatah lagi saya memang tak 'nampak' pun aplikasi HOTs ini untuk buku cerita kanak-kanak.

Biasanya saya akan ikut sahaja 'flow' cerita tersebut.

Menariknya apabila kita guna teknik ini, kita akan dapati pelbagai jawapan yang tidak dijangka mampu diluahkan oleh anak-anak.

Betapa sebenarnya anak kita ini banyak idea, kreatif dan mampu berfikir di luar kotak dan mampu mereka cerita dalam versi yang berbeza dari asal. 

Anak bebas memberikan idea dari gambar yang dilihat tanpa ada rasa takut salah memberikan jawapan.  Mereka asyik meminta sticky note dan menulis lagi perkataan kerana seronok.

Semasa penceritaan Goldilock dan 3 Ekor Beruang, apabila ditanya 

"Kamu rasakan kenapa ya kerusi Goldilock boleh patah?

Antara jawapan2 yang keluar dari mulut comel mereka :

"Skru kerusi longgar."

"Goldilock jongkang jongket kerusi, kerana itu patah..

"Goldilock besar. Itu kerusi anak dia, kecil dan tidak muat. Patah."

"Bijak, bijak. Kagum cikgu. Banyak idea yang terlintas."

Dalam sesi penceritaan Puteri Salji dan 7 orang kerdil pula, anak anak ini mampu memberikan pendapat "Sebenarnya Snow White tidak sepatutnya makan epal dari ahli sihir jahat. Bukankah orang  tidak dikenali. 

(kemahiran menilai)

Hari ini kelas berakhir dengan sesi penceritaan Si Comel Bertudung Merah. 

Biarlah gambar berbicara menunjukkan betapa terujanya mereka melakukan aktiviti ini. 

Selepas ini sesi bercerita buku bergambar dengan anak-anak ini tidak lagi seperti dulu yang statik dan mengikut penceritaan yang lama. 

Banyak sungguh idea anak-anak ini, cikgu seronok, murid pun seronok!


Puan Mazura Stapah


Alhamdulillah, kelmarin saya berkesempatan mengaplikasikan kaedah HOTs (High Order Thinking Skills) menggunakan buku cerita bergambar kanak-kanak bersama puteri-puteri tercinta. 

Selain mengasah daya pemikiran anak-anak, saya memilih Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. 

Mudah-mudahan sesi ini juga mampu menjadi platform meningkatkan tatabahasa anak-anak dalam Bahasa Inggeris. 


Untuk pengetahuan, di awal sesi pembelajaran puteri saya yang berumur 7 tahun dan 3 tahun aktif menjawab soalan yang diutarakan. Kemudian, kak long yang berusia 9 tahun pula mula turut serta. 

Akhirnya, sesi pembelajaran berlaku sangat aktif dan menguji si guru untuk mengawal sesi pembelajaran.

Alhamdulillah, ikatan kekeluargaan dibina dalam sesi pembelajaran yang menyeronokkan ini. 

Alhamdulillah, sangat berbaloi saya menyertai kursus HOTs bersama kursuspenulisan.com bersama Cikpuan mentor saya Fazeila Isa

Feeling wonderful.

Semasa sesi makan tengahari bersama, kami berlumba-lumba mengingati semula ayat-ayat yang dibina. Kak Ngah, darjah satu membina ayat, "the lady bug is on the leave". 

Kak Long pula, " the birds on the watering port is chipping".

Ada juga perkataan baru yang ibu belajar daripada anak-anak. 

Anak-anak lebih mudah ingat perkataan dan ayat yang dibina kerana hasil karya mereka sendiri. 

Seronok seolah-olah membaca buku yang ditulis oleh anak-anak.

Rasa rugi juga kerana saya lambat mempraktikkan ilmu yang dipelajari semasa kursus ini. 

Alhamdulillah, namun saya rasa amat bersyukur kerana diberi kemudahan oleh Allah s.w.t. untuk mengikuti kursus HOTs ini. 

Sangat teruja, untuk memborong buku-buku cerita bergambar kanak-kanak yang terdapat di tempat santai baru saya iaitu MPH Bookstore. 

Terdapat pelbagai pilihan buku bergambar kanak-kanak.

Puan Khairulaniza Khairuddin



Biarpun agak kepenatan, namun saya layan juga membaca buku cerita tanpa perkatan bersama si kecil Zaqwan. 

Bukan satu, bukan dua tetapi tiga buku. Kisah selanjutnya.




Kisah-kisah lain berkaitan HOT

Membawa lari buku cerita bergambar


Pembaca pertama buku Thank You Bear. 

Mulanya saya "baca' buku ini bersama-sama dengan anakanda Amir. 

Selepas itu, dia pula yang menjelajah buku itu sendiri. 

Apabila abangnya mahu ambil, dia melarikan diri dan membawa buku ini jauh bersama dengannya.



Apabila bayi mula seronok membaca


Menurut Puan Fazeila Isa, peringkat pertama pembacaan, bayi 6 bulan ke bawah, bayi akan menunjukkan jari ke arah gambar dan ber'suara' (berbunyi). 

Daya fokus mereka tidak lama dan wajar dielakkan daripada terdedah kepada cahaya yang banyak (seperti dalam apps hp/tablet). 

Hal ini menyebabkan mereka akan mengalami kurang daya konsentrasi serta fokus. 

Jadi, tidak hairankah bahawa anak-anak cepat hilang tumpuan sewaktu dalam kelas. 

Gambar : Ibu kepada peserta termuda bengkel Teknik HOTS ini sedang menjalankan eksperimen ke atas anaknya. 

Didapati anak ini mampu memberikan tumpuan terhadap gambar lebih daripada 5 minit. 

Malah, seronoknya anak kecil ini tersenyum melihat gambar (hitam putih) itu.


HOTs mendorong pelajar pemulihan meningkat prestasi


Hari ini dalam kelas petang, mereka diberikan tugasan menulis resepi Lempeng, inspirasi daripada buku cerita "Pancake for Breakfast. 

Mereka sendiri yang memberitahu bahan-bahan yang digunakan dan cara-cara membuatnya. 

Bagi yang tidak tahu mengeja sesetengah perkataan, mereka akan bertanya dan saya akan ,mengejakannya untuk mereka. 

Bagi ayat yang dibina semasa menerangkan cara membuat lempeng, setelah satu ayat siap dibina, mereka akan tunjukkan kepada saya. Kalau salah , saya betulkan. 

Sesi 1 jam berlalu dengan cepat. 

Sebenarnya 6 orang daripada pelajar-pelajar ini sudah boleh dikeluarkan dari kelas ini. 

Mereka sudah boleh membaca dan mampu membina ayat sendri. Cuma mereka ada kelemahan dalam menggeja perkataan berimbuhan sahaja.

Saya maklumkan pada minggu hadapan, dua orang sahaja yang akan saya ajar. Amir bertanya, "Kenapa pula cikgu. Tidak adil."

Jawab saya, "As dan Ras masih perlu banyak dibimbing. Saya perlu peruntukan waktu khas untuk mereka."

AA pula memprotes, " Mana boleh, cikgu. Kami mahu belajar juga."

Dulu, waktu mula-mula dipilih, tidak mahu masuk kelas ini. Sekarang, sudah tidak mahu keluar pula.