* Penulis novel premium dan profesional Ia bermula di sini.


Kisah saya dan angan-angan menjadi penulis novel

Saya bercerita sekali sahaja. Kerana saya malu mengulangnya.

Saya bercerita sambil menutup wajah dengan kedua-dua tapak tangan saya.

Apabila saya bercerita angan-angan mahu menjadi penulis novel,  sudah lima tahun saya raikan angan-angan tanpa novel. 

Saya sebut di hujung lidah dan bersuara di dalam fikiran.

Jika di kedai buku, saya menarik keluar beberapa judul novel, dari raknya. Kemudian membaca sinopsisnya. 

Saya berdiri di situ membacanya.

Setiap kali saya membaca novel orang lain saya berkata, “Saya mahu menulis novel sendiri. Diterbitkan dan dibaca oleh orang lain.”

Jika di rumah, saya duduk di sofa dengan segelas air sejuk yang belum diminum. Kemudian menonton drama kegilaan ramai yang diadaptasi dari novel.

Apabila menonton drama di televisyen, saya bercakap kepada diri sendiri, “Pada satu hari, novel saya juga akan dijadikan drama.”

Dahulu ketika saya bujang, rakan serumah akan bertanya, “Novel yang awak cerita setiap malam, sudah bab berapa?"

Selepas berkahwin, pasangan saya bertanya, “Bila mahu menulis novel yang awak ceritakan di atas pelamin dahulu?”

Saya bersemangat mahu menulis, saya bangun mengambil laptop. Duduk semula di sofa yang sudah lapan tahun usianya.

“Ya, saya mahu menulis dan menjadi novelis."

Tetapi tangan saya kaku, mata saya berkedip-kedip melihat skrin.

Saya tidak dapat menulis apa-apa pun.


Mengapa saya tidak menulis novel?


Tahukah saudara mengapa saya tidak menulis?

Sedangkan saya amat mahu menulis novel?

Ketika ini saudara dapat rasai beban dalam hati saya. 

Ia terasa di hati saudara ketika ini.

Lihat senarai masalah di bawah mengapa saya tidak menulis. 

Kemudian sebut YA sekuat hati, “Jika itu yang berlaku kepada saudara juga.”


 

Saya klik, sahkan dan saya hadir ke bengkel ini



Saya mengambil keputusan bertemu dua orang trainer bagi menghadapi masalah ini.




Dua orang trainer penulisan melihat masalah ini dan berkata...

“Masalah ini dapat diselesaikan dengan mudah. Kita kumpulkan dalam dua keadaan.”

Pertama

Penulis baru berhadapan banyak idea atau tidak ada idea. 

Semakin banyak tidak diurus, semakin hilang yakin diri dan hilang semangat mahu menulis. 

Mereka keliru perbezaan idea yang bagus dan idea yang membosankan. Akhirnya bercampur aduk.

Kita berikan teknik asingkan, susun dan cetus rasa tenang dan yakin berkarya.


Kedua

Penulis baru tidak dapat menyusun babak-babak cerita dengan baik dan tidak dapat memilih mana yang mesti dijadikan dialog dan mana yang tidak. 

Akhirnya novelnya terlompat di sana-sini seperti Charlie Chaplin dalam filem bisunya.

Kita berikan teknik asingkan, susun dan kronologi yang mudah diikuti pembaca. Seperti berlaku ke atas mereka;


 

Saya klik, sahkan dan saya hadir ke bengkel ini




Formula Hollywood mencipta novel luar biasa

Penulis baru dapat menguji sama ada mereka mempunyai imaginasi yang baik untuk menjadi penulis novel.

Sebelum menulis.

Sediakan pen dan kertas

Kemudian senaraikan perkara ini.

(1) Apakah situasi yang berlaku ketika itu?

(2) Apa yang dilakukan oleh watak lelaki?

(3) Apa yang dilakukan oleh watak perempuan?

(4) Di mana tempatnya?

(5) Apakah kategori cerita ini? Cerita cinta humor? Penyiasatan? atau….

Baik, saudara mainkan muzik di bawah dan tutup mata sambil mendengarnya.



Selepas membuka mata, tuliskan jawapan ke atas lima soalan tadi.

Ya, saya yakin saudara sudah mendapat bayang-bayang cerita ketika mendengar lagu ini.

Ada yang mendapat 1%, 2% atau 50%. Malah ada yang dapat membangunkan keseluruhan novel menggunakan cara ini.

Kami menguji kaedah ini dan ini jawapanya.

“Selepas mendengar lagu di atas, saya….”


 

Saya klik, sahkan dan saya hadir ke bengkel ini


Tahukah saudara, kaedah yang dilakukan tadi digunakan oleh Hollywood ke atas kita apabila menonton wayang?

Ada waktunya sesetengah lagu mencetuskan rasa resah, rasa gembira dan sedih?

Kemudian imaginasi kita tercantum bersama cerita yang ditayangkan.

Mahukah kita menguasai cara yang sama dengan lebih teratur, tersusun dan menyelesaikan masalah kita?

Kemudian mencetus hasil seperti penulis ini?




 

Saya klik, sahkan dan saya hadir ke bengkel ini




Kelas ini adalah kelas premium dan profesional untuk penulis baru


Ia bukan kelas touch and go. Bengkel penulisan novel ini membawa dua perkara.

[1] Modul daripada mentor yang hidup sebagai penulis.

"Agar saudara mendapat maklumat yang praktikal dan bukan teori."

[2] Sistem kumpulan penulis yang saling memberi maklum balas.

"Agar saudara tidak melalui situasi terhantuk dua kali dalam penulisan seperti mereka lalui.


Para peserta bengkel terdahulu. Mereka tahu penerimaan pembaca sebelum diterbitkan lagi.




Apakah yang akan dikuasai oleh peserta bengkel?


Bengkel premium dan profesional diadakan selama dua hari. Pada hari Sabtu dan Ahad. Selama 12 jam saudara akan diberikan kit lengkap penulis novel iaitu;


Hari Pertama 

Modul Langkah Awal Menulis Novel, minda sukses penulis bestseller

  • Membina tanggung jawab dan disiplin penulis kelas A+

Modul Merangka karya yang kukuh, tidak mudah goyah dan bertahan

  • Membina karakter yang diingati dan digilai pembaca
  • Membentuk plot yang memberi debaran dan rasa teruja

Modul Bahasa Melayu Tinggi, memanjangkan hayat novel

  • Teori Kod Bahasa memanjangkan hayat novel
  • Teori Pemerolehan Bahasa menjadikan novel mahal di mata pembaca 
  • Bahasa Melayu Tinggi versus Bahasa Melayu Rendah mengurus hayat lama novel
  • Membina ayat naratif dan dialog yang berimpak tinggi

Modul KJ Method, mencambah ranting bab

  • Kad idea membangunkan bab demi bab  
  • Peta minda mencipta laluan penuh teruja pembaca terhadap novel


Hari 2

Modul Teknik Surah Yusuf, teknik novel visual tinggi

  • Ciri-ciri kisah yang indah yang membuat pembaca terbuai-buai mengikutinya.
  • Unsur surealisme menjadikan setiap perkataan mahal ke atas imaginasi pembaca
  • Menulis teks visual, semakin dibaca semakin terbayang di fikiran pembaca.

Modul Pemasaran karya, digilai sebelum novel dicetak

  • Membangunkan peminat, sebelum buku terbit di pasaran
  • Bekerjasama dengan penerbit, agar disukai dan diingati editor
  • Meledakkan nama dan cerita, menggunakan strategi Gorila


Bengkel bermula jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang.

Kuasai dan capai hasil seperti peserta ini:





Siapakah trainernya? Penceramah tanpa novelkah?


Dua orang trainer, iaitu pengamal profesional penulisan novel akan bersama-sama selama dua hari, iaitu 12 jam bersamaan 720 minit sepanjang bengkel premium ini.


Azzah Abdul Rahman

“Saya merancang kerjaya diri dan saudara agar dapat menulis dari satu negara ke satu negara.”


Penulis, trainer penulisan novel di Malaysia, Mesir, Indonesia dan Singapura.

Azzah Abdul Rahman, adalah rakan strategik kursuspenulisan.com. 

Pengasas Akademi Hero, Tulisnovel.com dan Sekolah Penulisan Nuun ini telah menulis empat buah novel dan sebuah antologi cerpen. 

Malah beliau menerbitkan antologi cerpen para alumni penulisan kreatif dalam dua judul iaitu Saranghaeyo...Mi Amor dan Cinta; Unconfirmed

Beliau juga merupakan 
Jurulatih Bertauliah Modul Teknik Surah Yusuf oleh pengasas teknik, Puan Ainon Mohd.

Sejumlah 20 karya dalam bentuk novel, cerpen, ebook, antologi certot, dan buku bantu diri telah diterbitkan.

Pernah muncul di Harian Metro, Utusan Malaysia, KOSMO, RTM dan TV al Hijrah. 

Pernah mengikuti kembara kajian novel di Turki di bawah novelis sejarah nombor satu negara, Abdul Latip Talib

Ketika ini sedang berada di Korea, sudah mempelajari bahasa Korea dan akan kembali dari sana dengan idea terbaru novelnya. 

Ini adalah negara yang kelapan beliau lawati. Sentuhan idea penulisan novel dengan adunan dari luar dan dalam negara diberikan kepada peserta bengkel.


 

Saya klik, sahkan dan saya hadir ke bengkel ini


Zamri Mohamad

“Saya merancang kerjaya diri dan saudara agar dapat menulis secara bergerak, seperti menulis di dalam ETS.”


Penulis, trainer penulisan di Malaysia, Mesir, Australia dan Singapura

Zamri Mohamad adalah pengasas kursuspenulisan.com. Beliau telah menulis lebih 24 buah buku, menulis di akhbar dan majalah serta ebook.

Finalis dan top-three Anugerah Pilihan Pembaca POPULAR-Berita Harian

Beliau telah membangunkan modul penulisan untuk mereka yang tidak mempunyai pengalaman menulis secara komersial.

Nama beliau disebut oleh penulis novel remaja nombor satu negara, Ain Maisarah dalam temubual di Singapura sebagai rujukan utama bagi mereka yang mahu menjadi penulis. Klik

Novel beliau Geng Genius, Misteri Luqman diterjemah dan dipasarkan di Indonesia.

Seorang demi seorang penulis dilahirkan selepas mengikuti bengkel penulisan, coaching, seminar dan perkhidmatan literary agent

Para penulis beliau kini menulis di PTS, Karangkraf, Must Read dan Kota Buku serta Galeri Ilmu. 

Ada sebahagian diusahakan bagi pelesenan luar negara seperti China melalui kerjasama Perbadanan Kota Buku.

Beliau juga menjalankan eksperimen menulis novel jarak jauh bersama seorang penulis baru yang tidak dikenali melalui Facebook dan lahirlah novel Si Blogger Kampung.

Novel ini menjadi pilihan Perpustakaan Negara Malaysia dan diedarkan di seluruh perpustakaan desa seluruh negara.

Beliau mengajar peserta berdasarkan kaedah, "Apa yang dimahukan penerbit ke atas penulis." 

Ia bukan teori tetapi praktikal berimpak tinggi.




 

Saya klik, sahkan dan saya hadir ke bengkel ini



“Kursus penulisan ini mendorong saya mencipta tekanan positif!”


"Terima kasih dengan ilmu yang dikongsikan. Banyak yang diri ini tidak tahu dalam usaha menghasilkan karya sehingga berjaya. 

Sangat kecut perut, kerana momentum semangat ini punya turun naik. 

Wajib aku memberi tekanan kepada diri sendiri.

Saya dapati story arc itu membantu sangat. 

Apabila diberikan latihan, saya tiba-tiba sedar titik plot saya entah ke mana. Ekor ular tak dijumpai. Saya perlu belajar dan belajar lagi.”

Petikan Facebook peserta Cik Puan Ariyana Adri


Saya klik, sahkan dan saya hadir ke bengkel ini


“Penyertaan saat akhir yang berbaloi.


Setelah tamat kursus penulisan pada hari ini, terasa banyak yang saya telah pelajari di dalam teknik penulisan novel ini. Kali terakhir saya mengarang cerpen ialah semasa di tingkatan lima.

Setelah itu, minat menulis terbiar berlapuk begitu sahaja. 

Keputusan mengikuti bengkel ini telah dibuat di saat-saat akhir. 

Namun ternyata ianya berbaloi.

Terima kasih kepada rakan-rakan 'sekelas' yang banyak membantu dengan berkongsi ilmu dan pengetahuan.

Petikan Facebook, grup sokongan novelis. Peserta Cik Puan Izatul Ismail


Saya berminat dan berapakah pelaburan ke atas diri?

Yuran pembayaran adalah seperti berikut


Makan dan minum tidak disediakan. Klik pautan ini bagi pengesahan hadir


 

Saya klik, sahkan dan saya hadir ke bengkel ini



FAQ


7 Soalan kerap ditanya bakal penulis baru


[1] Bagaimana saya mahu membayar dan mengesahkan saya mahu?

Klik pautan ini, isikan maklumat dalam borang. Kaedah pembayaran akan diemelkan. 

Balas emel itu berdasarkan arahan yang diberi.

20 peserta terawal akan menerima ebook eksklusif yang membantu para penulis baru secara senyap-senyap. 

Ia adalah himpunan petua dan strategi para mentor penulisan novel terdahulu. 

Disusun sebagai ebook how-to berimpak tinggi, dengan izin Allah ia amat membantu.


 

Klik pautan ini


[2] Bagaimana jika saya tidak hadir? Adakah wang dikembalikan?

Saudara boleh menghantar peserta pengganti atas nama saudara. Maklumkan kepada pihak penganjur


[3] Saya pernah ke bengkel penulisan novel, ia ceramah sahaja. Adakah di sini begitu?

Kami memilih trainer bukan penceramah. Apakah maksudnya?

Trainer tugasnya mengalihkan skil. Apa yang dapat dilakukan trainer mesti dapat dilakukan oleh peserta selepas berkursus. Itu yang akan dilakukan sepanjang 12 jam, dua hari ini.


[4] Saya diajar teknik menulis, tidak beritahu hantar ke mana. Bagaimana di sini?

Pertama, kami berikan skil menjana idea, menulis menggunakan teks visual. Pada hari kedua kami akan memberikan pelan lengkap ke mana mahu menghantar manuskrip itu meskipun belum siap lagi! 

Kita akan berikan alat kerja kami selama ini. Jika peserta mengikut apa yang kami berikan, dengan izin Allah, sedikit demi sedikit jumlah pembaca akan meningkat.

Ini bukan kursus touch and go. Kami mahu touch and growth.

Saudara mahu?

 

Saya klik, sahkan dan saya hadir ke bengkel ini


[5] Adakah bengkel ini berbaloi?

Sekiranya saudara mahu memanggil mereka melatih secara peribadi, industri tempatan telah meletakkan kadar training mereka adalah RM500 sejam. Jika 12 jam bermakna RM500 X 12 jam.

Tetapi kursuspenulisan.com telah menanggung kos professional mereka. Saudara tidak perlu menanggung sehingga RM500 sejam ( X2 trainer) untuk menguasai kemahiran penulisan novel daripada mereka.

Jadikan ini satu-satunya bengkel yang dihadiri, ikuti pelan tindakan yang akan diberikan oleh dua orang trainer. 

Mereka akan mengajar bagaimana peserta akan mendapatkan ROInya (Return of Investment) melalui pelan rancangan kejayaan novel.

Kita tidak menyediakan penceramah atau penulis yang baru mempunyai sebuah buku mengajar kumpulan peserta. 

Kita memberikan trainer yang sudah diuji modulnya di dalam dan luar negara.

Hadir, pelajari, aplikasi dan cuba lakukan selepas kursus secara konsisten.

Grup sokongan untuk peserta saling dorong mendorong dan tidak hidup seorang diri.

Grup sokongan bagi mereka yang berjuang menulis dan terbit.


[6] Adakah saya boleh membawa manuskrip sedia ada?

Kami tidak membuat ulasan dan komen ke atas manuskrip sedia ada. 

Apa yang dapat dilakukan adalah, gunakan modul-modul ke atas karya sedia ada selepas kursus.

Kita bermula dari kosong.


[7] Adakah bengkel ini akan diadakan pada masa akan datang?

Kami tidak boleh berjanji. 

Ini bukanlah bengkel bulanan, ia diadakan ketika para trainer mempunyai kekosongan jadual. 

Tahun ini selama 365 hari, ia diadakan sekali sahaja. 

Tahun lalu juga hanya sekali. Mungkin, ini juga akan diadakan sekali. Saudara perlu menunggu 364 hari lagi untuk sesi akan datang.


 

Saya klik, sahkan dan saya hadir ke bengkel ini



P/S Kursuspenulisan.com adalah rakan penerbit di Malaysia yang telah melatih para penulis berbahasa Melayu di Malaysia, Australia, Mesir dan Singapura. Kami satu-satunya pilihan peserta kerana dua perkara ini

"Apabila hadir ke kursus ini, saya dibimbing oleh pengamal, bukan penceramah. Latihan demi latihan yang mendekatkan saya kepada impian novel pertama."

"Apabila saya hadir, saya tidak selesai di bengkel sahaja.



Para peserta bengkel penulisan novel yang berjuang menerbitkan karya mereka. Klik di sini