Tumpuan kumpulan penulis cerpen baru,  memilih menjadi premium, profesional dan berusaha kekal lama dalam pasaran.

* Disebut, penulis cerpen sebenarnya membuka jalan menulis novel. Tanpa mereka sedari.



Bengkel Penulisan Cerpen untuk penulis baru


Kisah saya, penulis baru

Apabila saya membelek akhbar dan majalah, ada satu ruangan yang dikhususkan untuk pembaca. Ruangan itu dinamakan ruangan cerpen. 

Begitu juga apabila saya melayari laman web penerbit dan blog, mereka juga berkongsi cerpen dihasilkan.

Ada penerbit yang memaklumkan mahu mendapatkan cerpen bagi kompilasi buku.

Saya teruja dan membuka Words. 

“Cerpen pertama saya akan terhasil! Tetapi…."

Apabila mula mahu menulis, tangan saya mula menggigil, otak tidak menjana idea dan apabila selesai ditulis, saya berkata,

“Mengapa seperti tidak sedap sahaja jalan cerita cerpen ini?”

Akhirnya saya padamkan sahaja dari skrin. 

Lebih banyak penulisan yang ditinggalkan separuh jalan sahaja.

Lebih baik saya teruskan dengan kehidupan yang sama sahaja sehingga usia 60 tahun.

Tetapi hati saya tidak senang selagi ia tidak selesai. 

Sehinggalah...

"Pada satu hari, rakan saya bertanya…"

“Jika bawa kenderaan tanpa panduan manual, ke mana kereta itu akan pergi?”

Saya menjawab, “Pastinya terbabas, terlanggar pokok atau kemalangan.”

Rakan saya tersenyum dan berkata, “Begitu juga menulis cerpen, ada manualnya agar tidak terbabas atau tersesat sehingga separuh jalan.”

Saya tersenyum, dalam juga kata-katanya.

Beliau satu-satunya tahu saya mahu menulis. 

"Saya memasuk laman web yang ditunjukkan beliau, rupa-rupanya…"

Para penulis baru bermula di sini, bagaimana menulis cerpen yang berimpak tinggi dan tidak separuh jalan lagi.

“Pada tahun ini saya tidak mahu menunggu lagi dan berusaha tulis cerpen dan terbit."


Mahukah kami berikan cara mengatasinya?

 

Saya klik, sahkan dan saya hadir ke bengkel ini

Bengkel Penulisan Cerpen

30 Mac 2014

Ahad 

Jam 9.00 pagi - 5.00 petang

Dewan FINE Academy, 

9 Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur, 


“Kursus penulisan anjuran mereka mencipta tekanan positif!”

Terdahulu kami kendalikan bengkel penulisan novel ini adalah respon pembaca.

"Terima kasih dengan ilmu yang dikongsikan. Banyak yang diri ini tidak tahu dalam usaha menghasilkan karya sehingga berjaya. 

Sangat kecut perut, kerana momentum semangat ini punya turun naik. 

Wajib aku memberi tekanan kepada diri sendiri.

Saya dapati story arc itu membantu sangat. 

Apabila diberikan latihan, saya tiba-tiba sedar titik plot saya entah ke mana. Ekor ular tak dijumpai. Saya perlu belajar dan belajar lagi.”

Petikan Facebook peserta Cik Puan Ariyana Adri

* Kini kursuspenulisan.com menyediakan saudara, asas penulis cerpen profesional dan premium.



Mahukah kami berikan cara mengatasinya?

 

Saya klik, sahkan dan saya hadir ke bengkel ini


Apakah modul yang akan dikuasai oleh peserta bengkel?


Bengkel premium dan profesional diadakan selama satu hari. 

Selama 6 jam saudara akan diberikan kit lengkap penulis cerpen. 

Dengan izin Allah, skil ini dapat digunakan berkali-kali dalam cerpen saudara.


 Mengalihkan modal diri ke dalam cerpen


Modul Mulakan Apa di Tangan mengarah fikiran dan fokus agar mencipta hasil

  • Membina keperluan, desakan dan kepentingan dalam diri bagi menulis cerpen. 
  • Membina keupayaan bagi melihat perkara yang terjadi di sekitar sebagai idea untuk cerpen. 
  • Membina keyakinan diri bagi memulakan apa yang ada di tangan.


Menjadikan perkataan penulis menarik pembaca

Modul Membina bank idea dan pembaca, pembaca tidak putus hadir, idea menjadi cerpen

  • Membina simpanan idea yang tidak habis.
  • Membina keupayaan memilih idea dan tema bagi membina cerpen yang evergreen.
  • Membina sinopsis cerpen yang fleksibel dan mudah dipanjangkan menjadi novel atau skrip.
  • Membina sinopsis cerpen yang berpotensi mendapat ribuan like dan ratusan share di facebook.


Menjadikan idea kepada beribu-ribu perkataan

Modul Tulis dan Susun Idea, mencambah ranting cerpen

  • Membina watak yang mampu dikembangkan.
  • Membina keupayaan mereka plot cerpen.
  • Membina ketahanan dan keupayaan diri bagi menulis sebuah cerpen sehingga siap.


Memasarkan karya dari online ke offline

Modul Strategi Bawah Tanah Penulis Cerpen, teknik menyentuh emosi penerbit

  • Peserta akan diberikan alat kerja memasarkan jenama diri dan karya melalui tiga fasa.
  • Peserta akan menguasai kaedah Gorila Marketing dalam membina hubungan dengan majalah
  • Peserta akan membangunkan pelan penjenamaan diri menggunakan apa di tangan.


Bengkel bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.


Mahukah kami berikan cara mengatasinya?

 

Saya klik, sahkan dan saya hadir ke bengkel ini


Saya berminat dan berapakah pelaburan ke atas diri?

Yuran pembayaran adalah seperti berikut



Makan dan minum tidak disediakan. Klik pautan ini bagi pengesahan hadir


  

Saya klik, sahkan dan saya hadir ke bengkel ini


“Kursus penulisan mereka adalah penyertaan yang berbaloi.

Terdahulu kami kendalikan bengkel penulisan novel ini adalah respon pembaca.


Setelah tamat kursus penulisan pada hari ini, terasa banyak yang saya telah pelajari di dalam teknik penulisan novel ini. Kali terakhir saya mengarang cerpen ialah semasa di tingkatan lima.

Setelah itu, minat menulis terbiar berlapuk begitu sahaja. 

Keputusan mengikuti bengkel ini telah dibuat di saat-saat akhir. 

Namun ternyata ianya berbaloi.

Terima kasih kepada rakan-rakan 'sekelas' yang banyak membantu dengan berkongsi ilmu dan pengetahuan.

Petikan Facebook, grup sokongan novelis. Peserta Cik Puan Izatul Ismail



Siapakah trainernya? Penceramah tanpa karyakah?


Dua orang trainer, iaitu pengamal profesional penulisan novel akan bersama-sama selama satu hari, iaitu enam jam bersamaan 360 minit sepanjang bengkel premium ini.


Bahruddin Bekri

Penulis cerpen, novel dan karyanya dijadikan siri televisyen.

Bahruddin Bekri, adalah pengamal dan rakan strategik kursuspenulisan.com. 

Mula menulis secara serius bermula dari tahun 2007. 

Sudah menghasilkan hampir 30 buah novel, dua buah buku antalogi cerpen yang dipakejkan sebagai buku cerita-cerita inspirasi. 

Gemar menulis cerpen-cerpen sekurang-kurang sebuah cerpen sebulan, bagi dipaparkan di blog. 

Banyak cerpennya sudah diambil oleh laman web iluvislam (laman web lama), dan juga yang dishare di facebook, dan mendapat ribuan like.

Beliau juga menjadi tumpuan media 

Ditemubual oleh PTS Media Group

Seringkali mengikuti pelbagai jenis bengkel penulisan, dan pernah dipilih mengikuti bengkel penulisan novel MASTERA (Majlis Sastera Asia Tenggara), yang dijalankan di Indonesia. 

Sering menjadi pembimbing dalam bengkel penulisan di sekolah-sekolah. 

Beliau juga antara mentor dalam bengkel Penulis Super, untuk kanak-kanak sekolah rendah, yang mana sebulan selepas bengkel, kesemua mentenya sudah menghasilkan novel sekurang-kurangnya 100 muka surat.


  

Saya klik, sahkan dan saya hadir ke bengkel ini


Zamri Mohamad

“Saya merancang kerjaya diri dan saudara agar dapat menulis secara bergerak, seperti menulis di dalam ETS.”


Penulis, trainer penulisan di Malaysia, Mesir, Australia dan Singapura

Zamri Mohamad adalah pengasas kursuspenulisan.com. Beliau telah menulis lebih 24 buah buku, menulis di akhbar dan majalah serta ebook.

Finalis dan top-three Anugerah Pilihan Pembaca POPULAR-Berita Harian

Beliau telah membangunkan modul penulisan untuk mereka yang tidak mempunyai pengalaman menulis secara komersial.

Nama beliau disebut oleh penulis novel remaja nombor satu negara, Ain Maisarah dalam temubual di Singapura sebagai rujukan utama bagi mereka yang mahu menjadi penulis. Klik

Novel beliau Geng Genius, Misteri Luqman diterjemah dan dipasarkan di Indonesia.

Seorang demi seorang penulis dilahirkan selepas mengikuti bengkel penulisan, coaching, seminar dan perkhidmatan literary agent

Para penulis beliau kini menulis di PTS, Karangkraf, Must Read dan Kota Buku serta Galeri Ilmu. 

Ada sebahagian diusahakan bagi pelesenan luar negara seperti China melalui kerjasama Perbadanan Kota Buku.

Beliau juga menjalankan eksperimen menulis novel jarak jauh bersama seorang penulis baru yang tidak dikenali melalui Facebook dan lahirlah novel Si Blogger Kampung.

Novel ini menjadi pilihan Perpustakaan Negara Malaysia dan diedarkan di seluruh perpustakaan desa seluruh negara.

Beliau mengajar peserta berdasarkan kaedah, "Apa yang dimahukan penerbit ke atas penulis." 

Ia bukan teori tetapi praktikal berimpak tinggi.




  

Saya klik, sahkan dan saya hadir ke bengkel ini



FAQ


7 Soalan kerap ditanya bakal penulis baru


[1] Bagaimana saya mahu membayar dan mengesahkan saya mahu?

Klik pautan ini, isikan maklumat dalam borang. Kaedah pembayaran akan diemelkan. 

Balas emel itu berdasarkan arahan yang diberi.


[2] Bagaimana jika saya tidak hadir? Adakah wang dikembalikan?

Hantar peserta pengganti atas nama saudara. Maklumkan kepada pihak penganjur


[3] Saya pernah ke bengkel penulisan cerpen, ia ceramah sahaja. Adakah di sini begitu?

Kami memilih trainer bukan penceramah. Apakah maksudnya?

Trainer tugasnya mengalihkan skil. Apa yang dapat dilakukan trainer mesti dapat dilakukan oleh peserta selepas berkursus. Itu yang akan dilakukan sepanjang 6 jam.


[4] Saya diajar teknik menulis, tidak beritahu hantar ke mana. Bagaimana di sini?

Pertama, kami berikan skil menjana idea, menulis menggunakan teks visual. Kami akan memberikan pelan lengkap ke mana mahu menghantar manuskrip itu meskipun belum siap lagi! 

Kita akan berikan alat kerja kami selama ini. Jika peserta mengikut apa yang kami berikan, dengan izin Allah, sedikit demi sedikit jumlah pembaca akan meningkat.

Ini bukan kursus touch and go. Kami mahu touch and grow.

Saudara mahu?

 

Saya klik, sahkan dan saya hadir ke bengkel ini


[5] Adakah bengkel ini berbaloi? Mahal sahaja.

Pertama

Sekiranya saudara mahu memanggil mereka melatih secara peribadi, industri tempatan telah meletakkan kadar training mereka adalah RM500 sejam. Jika 12 jam bermakna RM500 X 12 jam.

Kedua

Tetapi kursuspenulisan.com telah menanggung kos professional mereka. Saudara tidak perlu menanggung sehingga RM500 sejam ( X2 trainer) untuk menguasai kemahiran penulisan daripada mereka.

Jadikan ini satu-satunya bengkel yang dihadiri, ikuti pelan tindakan yang akan diberikan oleh dua orang trainer. 

Ketiga

Mereka akan mengajar bagaimana peserta akan mendapatkan ROInya (Return of Investment) melalui pelan rancangan kejayaan cerpen.

Keempat

Kita tidak menyediakan penceramah atau penulis yang baru mempunyai sebuah buku mengajar kumpulan peserta. 

Kita memberikan trainer yang sudah diuji karyanya.

Hadir, pelajari, aplikasi dan cuba lakukan selepas kursus secara konsisten.

Kelima

Grup sokongan untuk peserta saling dorong mendorong dan tidak hidup seorang diri.

Grup sokongan bagi mereka yang berjuang menulis dan terbit.


[6] Adakah saya boleh membawa manuskrip sedia ada?

Kami tidak membuat ulasan dan komen ke atas manuskrip sedia ada. 

Apa yang dapat dilakukan adalah, gunakan modul-modul ke atas karya sedia ada selepas kursus.

Kita bermula dari kosong.


[7] Adakah bengkel ini akan diadakan pada masa akan datang?

Kami tidak boleh berjanji. 

Ini bukanlah bengkel bulanan, ia diadakan ketika para trainer mempunyai kekosongan jadual. 


 

Saya klik, sahkan dan saya hadir ke bengkel ini



P/S Kursuspenulisan.com adalah rakan penerbit di Malaysia yang telah melatih para penulis berbahasa Melayu di Malaysia, Australia, Mesir dan Singapura. Kami satu-satunya pilihan peserta kerana dua perkara ini.

Pertama 

"Apabila hadir ke kursus ini, saya dibimbing oleh pengamal, bukan penceramah. Latihan demi latihan yang mendekatkan saya kepada impian cerpen pertama."

Kedua 

"Apabila saya hadir, saya tidak selesai di bengkel sahaja.


`