Program adalah berdasarkan keperluan saudara

Kursuspenulisan.com menggunakan modul 3P bagi membantu saudara merancang kejayaan penulisan. Sasaran adalah melihat hasil peserta dalam tempoh tiga, enam dan dua belas bulan selepas kursus. 

Modul 3P memberikan kemahiran;

  • Penulis. Kuasai subjek yang sesuai saudara tuliskan hari ini.
  • Penulisan. Kuasai format penulisan mengikut gaya penerbit.
  • Pemasaran. Kuasai pemasaran karya sebelum ia diterbitkan.


Program memenuhi peringkat asas, pertengahan dan lanjutan.


Kursuspenulisan.com mengendalikan empat jenis program yang disusun berdasarkan keperluan saudara.

  • Bengkel penulisan. Bengkel hujung minggu kepada penulis-penulis baru mengasah skil penulisan.
  • Coaching. Sesi perseorangan tahap lanjutan bagi peserta yang menggunakan khidmat literaty agent kami
  • Seminar. Sesi yang membincangkan hal-ehwal penulisan, penerbitan dan pemasaran.
  • Konvensyen. Pertemuan tahunan para penulis dan bakal penulis dalam satu sesi aktiviti perbukuan.

Lokasi bengkel di Kuala Lumpur.


Pembimbing adalah pengamal dunia penerbitan


"Para peserta tertekan dan berkata, "Mengapa perkara ini tidak kami tahu lebih awal."


Zamri Mohamad adalah, Master Trainer, pengasas kursuspenulisan.com. Beliau telah menulis lebih 24 buah buku, menulis di akhbar dan majalah serta ebook.

Finalis dan top-three Anugerah Pilihan Pembaca POPULAR-Berita Harian. 

Beliau telah membangunkan modul penulisan untuk mereka yang tidak mempunyai pengalaman menulis secara komersial.

Seorang demi seorang penulis dilahirkan selepas mengikuti bengkel penulisan, coaching, seminar dan perkhidmatan literary agent.

Beliau mengajar peserta berdasarkan kaedah, "Apa yang dimahukan penerbit ke atas penulis." 

Ia bukan teori tetapi praktikal berimpak tinggi.

Fokus bimbingan dan modul beliau adalah 

  • Penulisan buku umum
  • Penulisan buku motivasi
  • Penulisan buku bisnes
  • Penulisan buku agama untuk khalayak fasa Mekah
  • Penulisan ebook
  • Penulisan blog menjadi buku
  • Penulisan di laman web
  • Penulisan dari Facebook menjadi buku
  • Penulisan rencana akhbar dan majalah
  • Pembentangan khalayak dan pengucapan umum
  • Kempen media sosial untuk penulis


"Para peserta teruja dan berkata, "Penerbitan buku kanak-kanak adalah lautan peluang."


Fazeila Isa adalah Master Trainer penulisan buku cerita bergambar kanak-kanak. 

Beliau mendapat bimbingan teori dan industri dunia buku cerita bergambar kanak-kanak beliau di bawah bimbingan Dr Virginia Lowe, bekas juri Children's Book Council's Book Award (CBCA), Australia.

Beliau bertanggungjawab melatih kumpulan penulis buku cerita bergambar kanak-kanak untuk pasaran dalam dan luar negara.

Pernah mengendalikan bengkel di Asian Festival of Children's Content di Singapura.



 


Pembimbing bersekutu adalah rakan strategik 



Azzah Abdul Rahman, rakan strategik kursuspenulisan.com. 

Pengasas Akademi Hero dan Sekolah Penulisan Nuun ini merupakan penulis novel dan pembimbing penulisan novel. 

Di kursuspenulisan.com, fokus bimbingan dan modul beliau adalah: 


  •  Asas penulisan novel
  •  Asas Merangka Novel
  •  Mencipta Ayat Dialog & Naratif
  •  Mencipta Plot & Karakter
  •  Bahasa Melayu Kelas Menengah
  •  Teknik Mengindahkan Karya
  •  Teknik Menjana Idea
  •  Teknik Show Don't Tell
  •  Teori Interteks


 


                                Jemputan dan pertanyaan hubungi kami di  [e] kreatifkursus@gmail.com [f] 0192880451