"Bagaimana melatih anak-anak kita menguasai HOTs dalam keadaan seronok, segera dan selesa sebelum masuk ke sekolah lagi?"


Sesi ini akan menerangkan caranya.

Bengkel HOTs: Cara Mendorong Anak Berfikir Aras Tinggi

Menggunakan buku cerita bergambar kanak-kanak


Lokasi

FINE HALL (1)
FINE Training Academy
9-2 Jalan Wangsa Setia 3 Wangsa Melawati 53300 Kuala Lumpur MALAYSIA

Petanya klik di sini



Maklumat ini khusus kepada para ibu-bapa dan pendidik

Dengan izin Allah ia berlaku.

HOTs, iaitu High Order Thinking skill atau berfikir aras tinggi dapat dikuasai oleh kanak-kanak sebelum menginjak masuk ke sekolah.


Apakah kebaikan HOTs kepada anak kita?

"Kurangkan tiga beban yang memberatkan fikiran anak di sekolah"


Ia memudahkan ibu-bapa mendorong anak-anak dalam persediaan berfikir aras tinggi di sekolah.

Maka ia mengurangkan tiga beban ketika mereka di sekolah. Iaitu;

(1) Beban berfikir di luar buku teks.
(2) Beban berfikir berdasarkan teks.
(3) Beban berfikir menggunakan bahasa yang betul.

HOTs sudah dimasukkan dalam sistem pendidikan sekolah. Dengan menguasai 
HOTs, anak-anak tidak menggalas tiga beban secara serentak.

HOTs menjadi sebahagian daripada proses pembesaran mereka.

Screenshot laporan akhbar 6/9/2013 Berita Harian

.

Pra daftar bagi mendapatkan tarikh, lokasi dan masa secara eksklusif

Kedua

HOTs menjadikan anak kita terkeluar daripada 'perangkap perkataan.'

Perangkap perkataan adalah situasi kanak-kanak tidak dapat menggabungkan imaginasi dan ayat bersama.

Ia berpunca apabila kanak-kanak didedahkan dengan perkataan bertalu-talu.

Malah ada yang menghadiah anaknya dengan kamus!

Ia menimbulkan rasa takut dan rasa bosan kanak-kanak terhadap buku.


Sekarang kita tahu mengapa kanak-kanak liat terhadap buku.

Ibu-bapa dan pendidik ke bengkel ini akan diberikan kaedah membesarkan 'dunia kanak-kanak' dengan seni bertanya yang betul dan seni berfikir berjemaah ibu-bapa-anak.

.


Pra daftar bagi mendapatkan tarikh, lokasi dan masa secara eksklusif

 

Ketiga

HOTs mendorong lebih banyak teks dan visual dalam fikiran anak kita

HOTs membina lebih banyak teks dan visual dalam fikiran kanak-kanak.

Meskipun buku yang digunakan tiada perkataan.




Apabila ibu-bapa menggunakan buku cerita bergambar kanak-kanak (BCB), ia memberi enam jenis kekuatan kepada anak-anak kita sebelum ke sekolah.

1. Kekuatan bahasa, iaitu merangsang perkembangan bahasa lisan kanak kanak
2. Kekuatan imaginasi, iaitu melalui rekaan cerita
3. Kekuatan skil pemahaman kanak kanak
4. Kekuatan skil membaca
5. Kekuatan kreativiti 
6. Kekuatan visual dan visual literasi iaitu dapat menafsir dan memberi makna kepada maklumat dalam imej.

Para ibu-bapa dan pendidik akan ditunjukkan kaedah ini satu persatu. Tiru dan lakukan di tempat kita.


Pra daftar bagi mendapatkan tarikh, lokasi dan masa secara eksklusif

 

Siapakah pengajar bengkel ini?


Fazeila Isa mengikuti secara formal di Universiti Flinders, Australia dalam bidang Gifted Education atau Pintar Cerdas.

Beliau menguji, mencuba dan membentang serta memberikan bimbingan melalui konferen dan bengkel di Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Antaranya di Asian Festival of Children's Content, Singapura.

Beliau mendapat bimbingan teori dan industri dunia buku cerita bergambar kanak-kanak di bawah bimbingan Dr Virginia Lowe, bekas juri Children's Book Council's Book Award (CBCA), Australia.

Fazeila Isa juga membangunkan kumpulan penulis buku cerita bergambar kanak-kanak bagi tujuan penerbitan digital dalam dan luar negara bersama-sama Perbadanan Kota Buku.


Bengkel HOTs: Cara Mendorong Anak Berfikir Aras Tinggi

Menggunakan buku cerita bergambar kanak-kanak

 

Terhad untuk 25 orang ibu-bapa atau pendidik sahaja. Ini bagi memberi peluang praktikal teknik dapat dilakukan berbanding 'ceramah'