Previous

Kisah alumni kursuspenulisan.com Puan Azlin Ahmad

"Tidak sengaja menjadi penulis dan terus menjadi penulis."

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Nama saya Azlin Binti Ahmad Zabidin. 

Saya adalah seorang suri rumah berusia 38 tahun. Mempunyai dua orang cahaya mata berusia 13 dan 15 tahun. 

Sewaktu melayari internet pada 30hb September 2010, secara tidak sengaja saya terjumpa website kursuspenulisan.com.

 Akibat tertarik dengan intipati laman web tersebut, saya terus mendaftar menjadi peserta walaupun ketika itu hanya tinggal dua hari sebelum tarikh tutup. 

Pada mulanya saya anggap tindakan itu “tidak waras” kerana saya langsung tidak tahu mengapa saya perlu mengikuti kursus tersebut. 

Saya amat gemar membaca tetapi tidak pernah bercita-cita besar bagi menjadi seorang penulis. 

Hanya dengan niat bagi menuntut ilmu, saya tetap menghadiri kursus tersebut dengan hati dan minda yang terbuka. 

Tiga perkara yang amat saya hargai setelah mengikuti kursuspenulisan.com adalah 

(1) Sesiapa saja boleh menjadi penulis jika ada minat dan sedikit bakat tanpa melihat kepada latar belakang seseorang, 

(2) Perlu ada mentor yang bagus sebelum menghasilkan sebarang karya supaya dapat minimakan kesilapan dari segi teknik menulis dan penghantaran karya, 

(3) Yuran pendaftaran yang dikenakan amat berpatutan kerana pulangan yang boleh didapati dari setiap artikel yang berjaya diterbitkan agak lumayan. 

Pengasas dan trainer di Kursuspenulisan.com berjaya membuka minda saya bagi menghasilkan rencana majalah bertajuk “Mitoni”. 

Ia telah disiarkan di dalam Majalah Dewan Budaya terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. 

Tanpa menoleh ke belakang, saya terus menghantar lagi beberapa karya kepada penerbit yang sama dan 

Alhamdulillah, setiap rencana yang dihantar telah pun berjaya diterbitkan

Anda boleh melayari laman sesawang akutulisartikel.blogspot.com bagi membaca kesemua rencana tersebut. 

Saya juga memberanikan diri menulis buku cerita kanak-kanak. Buat masa ini hanya sebuah buku yang berjaya ditulis dan diterbitkan oleh penerbit PTS One Sdn Bhd. 

Buku yang bertajuk “Siri Adam Kecil – Hari Sukan” boleh didapati di MPH, Popular dan lain-lain kedai buku berhampiran. 

Kini saya menulis blog tipskembaraperth.blogspot.com dengan harapan ada penerbit yang mahu menerbitkan kisah dan pengalaman saya berulang-alik dari Kuala Lumpur-Perth saban tahun. 

Ucapan penghargaan yang tidak terhingga kepada mentor saya,yang berjaya membuat saya mengubah sikap daripada hanya menjadi seorang pembaca tegar kepada seorang penulis sambilan yang berpendapatan.


 


Kisah alumni kursuspenulisan.com Puan Ainizal Abdul Latif

"Ikuti satu persatu kaedah yang ditunjukkan dan terus menulis."

Minta maaf jika mengganggu. 

Tempohari, sewaktu menghadiri Konvensyen,saya mencuba 'market' terhadap proposal buku motivasi saya iaitu GENIUS DARI SYURGA kepada pihak Karangkraf. 

Saya melakukan kj method untuk mendapatkan tajuk bab dan seterusnya memberikan satu bab contoh dengan gaya penulisan seperti yang Tuan ajarkan. 

Pagi tadi saya dikejutkan dengan panggilan telefon dari Puan Saadiah dari Karangkraf , memaklumkan kepada saya bahawa mereka menerima proposal saya untuk diterbitkan

Beliau mengatur perjumpaan untuk penyerahan manuskrip penuh. 

Masya Allah, Subhanallah saya sungguh tidak menyangka, secepat ini,Tuan. 

Pada awalnya, saya dijanjikan akan dihubungi dalam tempoh dua minggu, namun kurang dari seminggu saya telah mendapat berita gembira ini. 

Tuan, atas izin Allah,pelaburan saya ke kelas Tuan, sangat berbaloi saya rasakan. Saya juga menghantar tiga proposal motivasi agama kepada Ustaz Rohidzir, beliau juga berminat untuk mempertimbangkan manuskrip saya. 

Semoga Tuan dan isteri terus dalam rahmat dan kasih sayang Allah atas asbab ilmu yang Tuan dan isteri perjuangkan.

 


Kisah alumni kursuspenulisan.com Cik Puan Nurdilla Zaini

"Langkah pertama selepas bersama kursuspenulisan.com, Allah izinkan berjaya."


Alhamdulillah, percubaan pertama menghantar artikel, berjaya

Perkhabaran daripada editor akhbar benar-benar membuatkan saya tersenyum. Insya-Allah, saya akan terus menulis

Sudilah membacanya di Citra Orang Muda (.COM), Utusan Malaysia pada hari Sabtu ini.

Petikan Facebook.




Salah satu rencana akhbar satu halaman yang terbit selepas beliau berkursus.