Kisah saya penulis baru


Saya penulis baru.

Saya berhadapan dengan situasi ini

  •  "Saya suka menulis tetapi tidak tahu format yang betul untuk diterbitkan. Lalu ditolak berkali-kali."
  •  "Saya mahu menulis tetapi selalu hilang idea dan tidak tahu cara mencipta idea."
  •  "Saya mahu menulis tetapi terlalu banyak idea, rasa semuanya penting."

Saya rasa penat apabila berfikir semua ini.

Sehinggalah saya bertemu laman web ini.


Apabila saya, sebagai penulis baru bermula di kursuspenulisan.com, saya mendapat tiga perkara.


[1] Modul daripada mentor yang hidup sebagai penulis.

"Agar saya mendapat maklumat yang praktikal dan bukan teori."

[2] Sistem kumpulan penulis yang saling memberi maklum balas.

"Agar saya tidak melalui situasi terhantuk dua kali dalam penulisan seperti mereka lalui."

[3] Kemudian diberikan pula maklumat penerbitan dalam dan luar negara. 

"Agar menjimatkan masa saya dan fokus kepada mencipta hasil segera."



 

Mereka bukan memberi kursus, tetapi memberi nilai kepada saya


Inilah sistem kerja penulisan yang disusun untuk orang sibuk.

Maka perjalanan saya lebih jauh terancang dan mudah.

Ia jauh lebih baik berbanding menulis seorang diri, terlalu banyak cubaan yang memakan masa. Ditolak berkali-kali tanpa tahu sebab yang jelas, Semakin lama semakin hilang motivasi.

Itu kisah saya di sini dan kini sudah mempunyai rencana yang tersiar dan buku yang terbit.

Bagaimana pula dengan saudara?

Saudara mahu menjadi penulis buku?

Saudara merancang melihat karya terbit di majalah dan akhbar?

Saudara mahu melihat buku tulisan sendiri di rangkaian kedai buku?


"Kami percaya saudara benar-benar mahukan."


Ikuti satu persatu langkah yang diberikan di kursuspenulisan.com.

Seorang demi seorang alumni kami berusaha mencapai gol mereka iaitu menjadi penulis.

 



Kisah alumni kursuspenulisan.com Puan Mazura Stapah



Saya pendidik dalam bidang pelancongan dan hospitaliti. Ilmu dan minat saya terhadap bidang pelancongan, khidmat pelanggan, perhutanan, alam semulajadi, rekreasi dan agro pelancongan. 

Tiga perkara saya perolehi di sini. 

Pertama, saya memperolehi keyakinan untuk menulis dan mendapat sokongan rakan-rakan penulis.

Kedua, saya sudah mula berjinak-jinak dengan dunia penulisan blog.

Ketiga, idea penulisan diterjemah kepada status dalam Facebook sebelum ditukar pula menjadi artikel.  


Artikel muncul di Berita Harian selepas mengikuti bengkel penulisan.



Salinan rencana hasil tulisan Cik Puan Mazura Stapah di Berita Harian


 

  



Kisah alumni kursuspenulisan.com Tuan Hazlam Anuar


Merupakan alumni terawal di kursuspenulis.com. Dilabel sebagai alumni penderhaka kerana tingkah laku selepas bengkel.

Beliau hadir ke bengkel penulisan rencana, teknik dan taktik dipelajari diubah menjadi buku non fiksyen. 

Buku Mudahnya Google Sketch-Up diterbitkan oleh PTS Media Group. Ini adalah penderhakaan pertama.

 

Kemudian, beliau hadir ke bengkel penulisan buku cerita bergambar kanak-kanak. 

Ilmu itu diubah menjadi bahan novel remaja. Novel berjudul Projek Dekor-Dekor bersama Ain Maisarah diterbitkan oleh Blink. Ini adalah penderhadakaan kedua.

Terkini, beliau hadir bengkel penulisan motivasi. Kami sedang menunggu apa yang akan terjadi selepas ini.

Atas kederhakaan beliau, dianugerahkan sijil pencapaian karya kerana berjaya menulis dan bukunya diterbitkan.



Hazlam Anuar, alumni kursuspenulisan.com muncul di media


   


Saya mahu menulis buku, adakah tempat ini sesuai untuk saya?


Angan-angan menjadi ketakutan apabila semakin berusia semakin tidak kita penuhi. 

Ia akan membuat kita berkata, "Kalaulah saya..." Ia meresahkan kita, benar?

Sekiranya saudara memenuhi salah satu ciri berikut, inilah tempat mengembangkan potensi saudara.

Adakah saudara;


  • Mahu dan tahu menulis dalam Bahasa Melayu?
  • Pernah membeli buku-buku dan mempunyai perpustakaan mini di rumah?
  • Menulis secara suka-suka sama ada di blog, di atas kertas contengan atau diari?
  • Pernah menulis sejak sekolah, universiti dan di tempat kerja?
  • Berminat menulis dan suka menulis?
  • Mahu berusaha menghasilkan penulisan menjadi buku atau disiarkan di akhbar dan majalah? 
  • Mahu membina kredibiliti, menjana pendapatan dan penghormatan secara terancang?

Jika semakin banyak ya, di sini kita bermula.


Bagaimana saya mahu menjadi penulis buku seterusnya?

Mulakan langkah merancang kejayaan penulisan dengan memilih kursus dan klik di pautan ini.


   


Bagaimana saya mendapat hasil dalam kursus penulis ini?


Pelan kejayaan penulisan disusun agar peserta yang benar-benar mahu diberikan sistem kerja.

Pertama. Peserta pra daftar kursus di sini. Sah hadir dan ikuti kursus penulisan.
Kedua. Ikuti respon serta jadual bimbingan mentor bersama alumni lain dalam grup sokongan.
Ketiga. Menulis dan berusaha terbit.


Grup sokongan bagi mereka yang berjuang menulis dan terbit.


Kisah alumni kursuspenulisan.com Tuan Izham Alias 

Persepsi saya sebelum datang kursus adalah, penulisan di akhbar dan majalah ini memerlukan kerja yang susah. 

Selalunya memakan masa satu bulan hanya untuk menyiapkan satu artikel. Editor memandang penuh kredibiliti penulis itu sebelum melihat penulisannya. 

Selepas hadir ke kursus ini, saya mendapat pencerahan bahawa benarlah apa yang saya baca di Writer's Digest 5 bahawa terdapat 5 penipuan buat penulis aspirasi. 

Saya mula yakin bahawa editor majalah memang inginkan penulis bebas. 

Cuma perlulah mengikut citarasa mereka. Perkara itu dijelaskan lebih lanjut. 

Terima kasih saya ucapkan kepada kursuspenulisan.com atas perkongsian yang amat berguna itu.

Impak besar kepada saya adalah menulis ini tidak begitu susah. Perlu tahu tip dan triknya sahaja. 

Walaupun banyak buku penulisan telah saya baca, tetapi saya masih lagi menjadi penulis yang tiada terbitan di media bercetak. 

Mungkin kerana faktor tiada mentor dan rakan sokongan membuatkan saya selalu rasa lemah motivasi untuk menulis. Kini saya tahu, mentor saya telah berjaya, bila saya pula? 

Perkongsian pengalaman, tip dan trik oleh orang yang telah mencapai kejayaan amat membantu meningkat keyakinan saya bahawa saya juga boleh berjaya seperti mereka. 

Cuma perlukan panduan yang betul untuk mencapai kejayaan itu.

Nama saya Mohamad Izham Bin Mohd Alias, dan saya bekerja sebagai guru tuisyen sambilan untuk menampung pembelajaran master saya di UPM. 

Semoga saya dan para peserta yang hadir istiqamah dalam menggapai impian kami untuk menjadi penulis bebas di akhbar dan majalah.

Petikan di grup sokongan, "Alhamdulillah, mendapat maklum balas daripada editor Dewan Kosmik."


   


Bagaimana hidup kami sebagai penulis bermula?


"Pada tahun 2005, apabila kami berkata mahu menulis buku dalam bahasa Melayu, mereka berkata;

Orang pertama, "Siapa membaca buku dalam bahasa Melayu? Orang Malaysia tidak membaca."

Orang kedua, "Berapa besar nama kamu sehinggakan orang berebut-rebut mahu membaca?"

Orang ketiga, "Bolehkah hidup dengan hanya menulis buku?"


Tahukah apa yang berlaku selepas itu?


Kami bertanya, "Orang kita tidak membaca, mengapa pesta buku bertambah setiap tahun?"

Kami bertanya, " Tahukah 90 peratus rak di rangkaian kedai buku diisi buku penulis tidak dikenali?"

Kami bertanya, "Ketika memberi respon ini, bukankah saya sedang menulis buku dan masih hidup?"


Tahukah apa yang berlaku kepada kami dan mereka selepas itu?


Respon pertama,

"Buku-buku kami diterbitkan setiap tahun dan mereka di situ lagi."

Respon kedua

"Penulis di luar negara menerbit buku di Malaysia. mereka di situ lagi."

Respon ketiga

"Ketika mereka beralasan. kami terbitkan buku lagi setiap tahun!"


Mereka masih di situ lagi

Saudara sudah ke hadapan. 

Bermula mengklik senarai kursus atau pra daftar di bawah bagi mendapatkan maklumat lanjut